
Tajuk Novel : ADAM DAN HAWA
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf21
Novel ini sebenarnya bukanlah baru diterbitkan. Yang bestnya... novel ni bila dibaca tak boring... dibaca berulang kali pun masih terasa keseronokannya. Hebat! Bacalah... rugi tak baca. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari novel ini.
Novel ini mengisahkan.... ha baca sinopsis di bawah ini
Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Pengajaran Dari cerita ni...
1. Jangan masuk rumah orang sesuka hati..
2. Jaga adab-adab dalam pergaulan... lagi-lagi antara wanita dan lelaki.
3. Ingat status diri... bila udah ada pasangan hidup... jangan dok melilau pandang orang lain...
4. Bersyukurlah dapat mertua yang baik... susah nak dapat tuh.. jangan amik kesempatanla pulak...
5. Sabar.... dalam hidup ni.. kena banyak bersabar. Kadang-kadang kita terpaksa korbankan hati perasaan kita demi menjaga hati insan lain...
novel ni sangat best dan menarik
ReplyDeleteak suke novel adam & hawa...
ReplyDeletenovel ni sngt best wlau p0wn dh dbce bbrape kli pown xksah sb n0vel sngt3 best..best gilerrrr!!
ReplyDeletewah adam n hawa... glerr r...llaki yg btol2 myayangi istrinye...jlan cternye mmg best gler...
ReplyDeletenovel ini mmg mnarik..sy yg dh byk kali bca novel ini pn x terasa bosan..malah blh djdikn pengajrn dlm mneruskn hdp.............
ReplyDelete